PENGENALAN

Biodata
Afiq Hakim Ahmad atau lebih dikenali sebagai Akim Ahmad (lahir 18 Januari 1991) adalah seorang bekas pelajar Akademi Fantasia musim ketujuh. Beliau juga merupakan anak saudara kepada penyanyi 1980-an dan 1990-an iaitu Sofie S dan pemain bass kumpulan rock 90-an iaitu Mat Mega yang terkenal dengan lagu Bayangan Gurauan dan Takdir Dan Waktu.
Beliau berasal dari daerah Johor BahruJohor Darul Takzim. Namun kini, beliau menetap di Kuala LumpurMalaysia.
Kelab peminat Akim telah diberi nama Gerakan Penyokong Afiq Hakim (GAFIM). Beliau sekarang sedang aktif bersama band beliau iaitu Akim & The Majistret.
Pada 5 Febuari 2016, Akim telah bernikah dengan pilihan hatinya Stacy (penyanyi) selepas Stacy memeluk Islam . Mereka mengikat tali pertunangan pada 26 September 2015. Majlis pernikahan itu diadakan secara tertutup di Kota Kinabalu.

No comments:

Post a Comment